Sabtu, 23 September 2023

Tuk Tuk sebagai salah satu tranportasi Philipina

 Tuk Tuk sebagai salah satu tranportasi Philipina



*Pemahaman Awal


Tuk-tuk ;Jawi: توق٢, (Thai: ตุ๊กตุ๊ก atau ตุ๊กๆ, IPA: /ˈðʊkˈðʊk/), juga dikenali sebagai beca berenjin adalah sejenis pengangkutan awam beroda tiga yang digunakan secara meluas serta popular di Asia Selatan serta beberapa negara di Asia Tenggara. Ia popular di beberapa bandar raya yang mengalami masalah kesesakan jalan raya yang teruk, seperti di Bangkok.



*Kegunaan


Tuk-tuk biasanya dibuat daripada keluli ditekan di mana rangkanya juga berperanan sebagai badan utama serta beroda tiga. Tempat duduk hadapan hanya memuatkan kerusi pemandu sahaja manakala tempat duduk belakang boleh memuatkan sekurang-kurangnya tiga penumpang. 


Lazimnya, tuk-tuk dibina berasaskan model-model Piaggio Ape atau Daihatsu Midget. Kini, Bajaj Auto dari India adalah syarikat pengeluar tuk-tuk terbesar di dunia.



*Sistem tambang (Argometer)


Sistem tambang tuk-tuk adalah lebih kurang sama seperti teksi atau beca. Pengusaha tuk-tuk di sesetengah negara seperti di India diwajibkan memasang meter pada tuk-tuk-tuk sebagaimana teksi. Namun demikian, seperti juga pengusaha teksi, ada juga pengusaha tuk-tuk yang enggan memasang meter, ataupun yang memasang meter yang rosak atau tidak berfungsi dengan betul bagi menipu tambang. 



Bagi tuk-tuk yang tidak dilengkapi dengan meter, biasanya aktiviti tawar-menawar sering dilakukan untuk mendapatkan kadar tambang yang paling berpatutan dan munasabah.

____

Cat :



Tidak ada komentar:

Posting Komentar